Sunday, April 5, 2009

Perkara-perkara yang merunsingkan saya

Ada banyak perkara yang merunsingkan saya. Satu perkara yang merunsingkan saya sejak saya kecil adalah gelap. Saya menjadi sungguh runsing dan takut apabila saya dalam keadaan gelap. Lagipun, kalau saya bersendirian. Saya mula tidur seorang pada umur 13. Ini menunjukkan bahawa saya menjadi runsing apabila di dalam keadaan gelap.

Lagi satu perkara adalah apabila saya bersendirian. Saya tidak boleh membuat perkara dengan sendiri seperti makan di luar atau pergi ke perpustakaan sendiri. Saya berasa kesepian apabila saya bersendirian. Ini membuat saya merunsin kerana saya berasa seperti saya tidak akan ada seorang kawan.

Perkara yang sungguh membuat saya berasa runsing adalah ibu saya. Kalau saya membuat perkara yang jahat atau tidak lulus peperiksaan saya, saya tidak mahu pulang ke rumah kerana mesti menghadap ibu saya. Dia adalah seorang ibu yang sungguh garang dan apabila saya masih kecil lagi, dia sering bantai aku. Sebab itu. saya berasa runsing apabila ibu saya menjadi marah. 

No comments:

Post a Comment