Monday, April 6, 2009

Destinasi percutian idaman saya

Destinasi percutian saya adalah suatu tempat yang ada banyak sukan, terutamanya sukan air. Ini adalah kerana daripada masa kecil, saya selalu nampak ramai orang membuat sukan air dan sukan itu nampaknya seronok. Destinasi idaman saya pun mesti ada pemandangan yang sungguh indah. Di Singapura, kita tidak dapat pemandangan yang indah kerana ada terlalu banyak bangunan yang tinggi. Lagipun, keadaan di Singapura sungguh huru-hara. Sebab ini, tempat cuti idaman saya patut  tenang. Kerana sebab-sebab tersebut tersebut, saya memilih Hawaii sebagai destinasi cuti idaman saya.

Hawaii terkenal untuk sukan airnya. Satu sebab kenapa sukan airnya sungguh terkenal adalah kerana laut Hawaii terkenal untuk kebersihan dan kejernihannya. Satu sukan air yang terkenal di Hawaii adalah bermain luncur air. Ia adalah satu sukan yang perlukan kemahiran. 

Hawaii pun terkenal untuk pemandangan dan ketenangannya. Hawaii adalah sebuah pulau tanpa kawasan metropolitan. Ini menyebabkanya menjadi tenang dan pemandangannya indah kerana takda banyak bangunan yang tinggi. Lagipun, Hawaii pun ada makanan laut yang aku gemari.

No comments:

Post a Comment